PENGENALAN
Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan . Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Labuan.
Seperti yang dikatakan , Putrajaya adalah destinasi yang wajib kita lawati tambahan pula anda sebagai rakyat Malaysia, anda perlu melawati Putrajaya yang mana siniterdapatnya berbagai tempat menarik yang kita boleh lawati. Antara yang menarik pelancong untuk lawati adalah senibina bangunan kerajaan yang kita tidak dapat lihat di tempat lain.
1.TAMAN SAUJANA HIJAU
Taman Saujana Hijau Putrajaya ini terletak di Presint 11. Taman ini merupakan kawasan landskap yang berkeluasan 40 hektar yang menjadi tarikan pelancong untuk beriadah, berkhelah dan sebagainya. Waktu yang sesuai untuk datang ke sini adalah pada waktu pagi atau petang. Taman ini lebih utama kepada flora dan fauna iaitu:
- European Garden - Kawasan ini terletak di bahagian tertinggi dan menjanjikan pemandangan sekitar Putrajaya yang lebih jelas dan cantik dan membolehkan pengunjung menikmati panoramik Putrajaya sejurus tiba di lokasi ini
- Oriental Garden - Menempatkan sebuah pavilion berkonsepkan tradisional buatan negara Cina dan mempunyai banyak tumbuhan tropika.Reka bentuk pintu gerbang, dataran serta seni ukir juga terdapat di lokasi.
- English Garden - Mempunyai sebuah gazebo yang dikelilingi oleh pokok bunga yang berwarna-warni. Suasananya seolah-olah berada di England namun yang membezakannya ialah keadaan cuaca.














2.TAMAN BOTANI
Taman Botani Putrajaya merupakan sebuah taman botani buatan manusia yang menempatkan ribuan spesies tumbuhan dalam dan luar negara.Taman ini terletak di Presint 1 berdekatan dengan bulatan terbesar di Asia. Keunikan taman ini telah diakui dunia apabila diiktiraf sebagai salah satu daripada empat puluh buah tama. yang tercantik di Asia.Taman ini menempatkan 13 taman tema dan mempunyai lebih 700 jenis tumbuhan daripada pelbagai benua di dunia.Taman ini terbahagi kepada 3 bahagian dan kita boleh menyewa basikal disini atau menaiki tram untuk mengelilingi taman ini.
Pokok yang ditanam juga disertakan dengan informasi saintifik bagi memudahkan pengunjung mengenali asal usul pokok dan tumbuhan. Antara yang menjadi tarikan pelancong ialah di "Floral Garden" dimana tempat ini mempunyai pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelusuk dunia.
Dengan adanya taman ini pastinya akan memberi input baharu kepada pengunjung tentang kelebihan herba tempatan.Khasiat tumbuhan disini telah diguna pakai semenjak zaman azali lagi sebelum wujudnya perubatan moden untuk merawat pelbagai penyakit yang belum dikenali oleh masyarakat setempat. Taman Botani Putrajaya ini juga merupakan satu tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga sambil melihat keindahan pokok-pokok bunga secara lebih dekat lagi.


Tram

Tandas Awam



Makanan ikan yang dijual disitu dengan harga RM2.



Gerai makanan
3.TAMAN CABARAN







.
4.TAMAN PUTRA PERDANA
Taman Putra Perdana terletak di Presint 1 iaitu di atas bukit roundabout terbesar di Asia . Taman ini juga berdekatan dengan Hotel Shangri-La. Kebiasaannya disini kita dapat berjoging , bersiar-siar dan berkelah.Selain itu, kita juga dapat melihat panorama cantik Putrajaya.Di Putrajaya, selalunya di taman rekriasi, mereka menanam pelbagai jenis bunga dan tumbuhan. Kita juga boleh membawa anak-anak untuk bermain taman permainan disini sekaligus dapat kesihatan yang baik. Masa yang sesuai datang disini samada pagi atau petang. Bayaran adalah percuma. Disini juga terdapat Tanda Mercu yang dirasmi oleh Perdana Menteri ke-4 dan Ke-7 iaitu Dato Seri Tun Mahathir Mohamad sempena Majlis Pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995.Berdekatan Tanda Mercu ini juga mempuyai teropong yang dapat melihat bangunan-bangunan yang jauh.

Tandas Awam


Taman Permainan Kanak-Kanak


Teropong






5. TAMAN SERI EMPANGAN
Taman Seri Empangan dibuka pada tahun 2007 terletak di Presint 5 berhampiran dengan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya atau Putrajaya International Convertion Centre (PICC). Disini juga menyediakan trek laluan khas untuk pengunjung yang berjoging dan kayuh basikal. Terdapat juga beberapa buah pondok boleh digunakan untuk beristirehat dan pengunjung yang membawa anak-anak ke sini juga dapat bermain taman permainan yang disediakan. Kemudahan lain seperti tandas dan surau turut ada di Taman Seri Empangan ini. Permandangan yang indah menyempurkan gambar anda sebagai memori disini.


6. MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin diambil sempena nama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Mula dibina pada 5 April 2004 dan telah diserahkan pengurusannya kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos 2009.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
terletak di Presint 3, Putrajaya bersetentangan Istana Kehakiman atau “PALACE
OF JUSTICE”. Lokasi masjid yang strategik dan menarik, di tepi tasik Putrajaya
akan menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara. Kilauan dan limpahan
cahaya lampu pada waktu malam pastinya akan membuatkan pemandangan bertambah
indah bagi pengunjung yang menginginkan kedamaian dan ketenangan jiwa.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
boleh memuatkan 20,000 orang jemaah dalam satu- satu masa dibina untuk tujuan
sebagai pusat ibadat yang selesa dan pusat perkembangan ilmu kepada masyarakat
sekitar dan luar negara. Juga diharapkan turut berperanan dalam menyebarluaskan
usaha dakwah serta menjadikannya sebagai sebuah institusi pelancongan ibadah
antarabangsa.
Masjid yang bernilai RM
200 juta ini merupakan satu-satunya masjid yang pembuatannya menggunakan 6000
tan besi atau 70 peratus bahan binaan dengan baki 30 peratus konkrit. Komponen
utama pembinaan masjid ini ialah bangunan masjid dan Kiblat Walk iaitu laluan
pejalan kaki yang menghubungkan Kompleks Perbadanan Putrajaya (PJC) dengan
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Berhampiran ruang solat utama dikelilingi
kolam air sudah pasti membuatkan para pengunjung dapat menikmati suasana udara
segar yang dingin dan nyaman.
Rekabentuk dalaman yang
unik Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan tulisan ayat-ayat al-Quran yang
dilakarkan dalam lapisan kaca setinggi 13 meter yang ideanya terhasil daripada
campuran kesenian Jerman dan China. Bahagian kanan cermin dinukilkan ayat
40 hingga 47 surah Ibrahim manakala dibahagian kiri ayat 148 hingga 153 surah
al-Baqarah. Pintu utama menuju ke ruang solat utama pula kelihatan ukiran ayat
80 surah al-Isra’ dan pintu gerbang utama diperbuat daripada binaan konkrit
putih yang dilatari tulisan kaligrafi 99 nama Asma’ Ul-Husna.
Kubah masjid Tuanku
Mizan Zainal Abidin diperbuat daripada besi tahan karat, dewan solat utama
dikelilingi dengan marshrabiyah screen yang terdiri daipada “lattice” dan
“architectural metallic wailing screen” yang berfungsi sebagai telus cahaya dan
angin. Selain itu, masjid ini mengunakan teknologi ultrasonic yang digunakan sebagai
penghalau burung daripada memasuki masjid.
Senibinanya dibina tidak mengikut
senireka Arab sebaliknya campuran kesenian Jerman dan China. Idea seni yang
unik memperlihatkan kalimah “ALLAH” daripada pandangan bawah bahagian dalaman
kubah. Selain itu, masjid ini dengan tidak mempunyai menara berbanding dengan
masjid-masjid lain.








7.MASJID PUTRA
Masjid Putra dinamakan sempena Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan salah satu mercu tanda utama di Putrajaya.
Kedudukannya adalah bersebelahan dengan Dataran Perdana dan
berhadapan dengan Tasik Putrajaya. Masjid ini mula dibina pada Jun 1997 dan siap
serta diserahkan kepada JAKIM pada 1 September 1999 iaitu selama 2 tahun.
Keluasan masjid ini seluas 1.37 hektar. Kawasan masjid bermula masuknya di Pintu Utama sehinggalah ke dalam kawasan masjid. Manakala Dataran Putra dan Souq tidak berada dalam lingkungan kawasan masjid.Arkitek yang membina masjid ini iaitu Y. Bhg. Dato’ Dr. Nik Mohamad Bin Mahmood dari Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. Kos pembinaan masjid ini menelan belanja kira-kira RM250 juta dan kos penyelenggaraan anggaran RM100 ribu. Pembinaan masjid ini berkonsepkan 2 konsep iaitu Timur Tengah dan Tradisional Melayu.


8. TAMAN WETLANDS
Pusat Penghayatan Alam Taman Wetland terletak di
Presint 13, Putrajaya.Waktu operasi adalah 6 hari seminggu dari 9.00 pagi
sehingga 5.00 petang setiap hari kecuali hari Isnin ditutup untuk
penyelenggaraan dan tutup sekejap pada pukul 1.00 hingga 2.00 untuk tujuan
rehat. Pusat ini masuk secara percuma.
Di ruang pameran yang paling
meriah antaranya ialah pelbagai maklumat yang disediakan termasuk tayangan
video, beberapa spesies ikan hidup di dalam aquarium kecil,replika pokok bakau
dan lain-lain.
\











